Naib Canselor USIM, YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah berbesar hati menyerahkan sijil 5 Terbaik Anugerah MQA 2025 kepada Pengarah CETL, Prof. Madya ChM. Dr. Siti Salhah Othman dalam satu sesi yang dianjurkan pada 17 November 2025 di Pejabat Naib Canselor Aras 5, Bangunan Canselori. USIM sebelum ini telah disenaraikan sebagai 5 IPT terbaik bagi kategori Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di dalam Majlis MQA Awards 2025. Sesi penyerahan sijil ini merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan CETL, selain sebagai satu tanda penghargaan kepada usaha yang telah dijalankan dalam memperkasa PSH di USIM. Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, YBhg. Dato Prof. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, serta warga CETL.

Untuk rekod, Anugerah MQA 2025 telah dianjurkan pada 11 Ogos 2025 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Anugerah ini dihasratkan akan menjadi platform penting mengiktiraf institusi dan individu cemerlang dalam kualiti akademik, inovasi dan tadbir urus, merangkumi semua sektor pendidikan tinggi termasuk universiti awam, swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej swasta dan institut latihan awam.