Pihak CETL telah mengadakan sesi pertemuan mesra bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM pada 07 Julai 2025 di Pejabat beliau pada jam 12:00 tengah hari. Pihak CETL telah membentangkan perkembangan ringkas berkenaan hala tuju Micro-credential, penyelarasan proses kerja dan dokumen yang berkaitan, selain membentangkan tentang penganjuran program EduGC 2025, serta Latihan Early-Career Development.