Sesi Libat Urus Bahagian Inovasi & e-Pembelajaran (BIeP) bersama Penyelaras e-Pembelajaran Fakulti/Pusat telah dianjurkan pada 07 Februari 2025 di Bilik Seminar 1 & 2, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM. Sesi libat urus ini dianjurkan bagi memberi pengenalan dan penetapan halatuju awal bagi Penyelaras-Penyelaras e-Pembelajaran Fakulti/Pusat yang telah dilantik bagi sesi 2025 sehingga 2027.