Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL dengan kerjasama Seksyen Teknologi e-Pembelajaran (STeP) SDEC USIM telah menganjurkan latihan GOALS pada 16 Mac 2026 secara dalam talian melalui Aplikasi Microsoft Teams. Sesi latihan ini dijalankan dalam dua (2) slot berbeza iaitu Modul Kehadiran (attendance) pada pukul 10:00 pagi, manakala Modul Kuiz dijalankan pada pukul 2:00 petang. Tenaga pengajar bagi latihan ini adalah Puan Nurhuda Ruzlan, dan Cik Syakira Redzuan dari STeP SDEC. Seramai 103 orang telah menghadiri sesi latihan modul kehadiran, manakala seramai 41 orang telah hadir ke sesi petang untuk modul kuiz.
