Pihak CETL telah menganjurkan Latihan Designing and Developing Self-Instructional Materials (SIM) for Academic Courses pada 22 Mei 2025 di Lounge Eksekutif, Aras 6 Canselori. Sesi ini telah menjemput YBrs. Dr. Zulisman Maksom, daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai penceramah. Latihan ini dianjurkan dengan objektif untuk menyediakan pendekatan praktikal dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran yang menyokong pembelajaran secara kendiri.