Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL dengan kerjasama Jabatan Pendaftar USIM telah menganjurkan Kursus Personal Tutelage Bil.1/2025 pada 17 Julai 2025 (Khamis) di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USIM. Kursus ini dibangunkan bagi memperkasa kefahaman dan kemahiran staf akademik dalam mengendalikan sesi bimbingan personal secara profesional, berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai Islam. Program Personal Tutelage merupakan inisiatif rasmi USIM yang menekankan peranan staf akadmeik bukan sekadar sebagai pensyarah, tetapi sebagai Murabbi – pembimbing pelajar dari sudut akademik, sahsiah dan pembangunan kerjaya secara holistik.