Bahagian Latihan & Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan Kursus Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) dan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) pada 10 – 11 Dismber 2025 di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Kursus ini memberi fokus kepada pemahaman terhadap pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education, OBE) serta falsafah PdP USIM serta INAQ dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan berdasarkan tujahan USIM. Program ini juga adalah sebahagian daripada program Pembangunan Bakat Muda Akademia (Early Carrier Development – ECD) yang disasarkan kepada staf akademik USIM lantikan tetap atau kontrak bermula 1 Januari 2019 dan keatas, dan juga sebagai syarat kenaikan pangkat.
