CETL telah menganjurkan program ‘Briskwalk CETL; Sihat dan Ceria Bersama’ melibatkan kakitangannya pada 19 Jun 2025 (Khamis) jam 7:30 – 8:30 pagi di kampus USIM. Sesi ini dianjurkan bertujuan untuk membudaya dan menggalakkan gaya hidup sihat di dalam kalangan kakitangan CETL, selain aktiviti memperkukuh ukhuwah.
Susulan itu, majlis perpisahan bekas kakitangan CETL iaitu Encik Mu’azz Sahari telah turut diadakan pada pukul 1:00 – 2:30 petang di Gastrohub Nilai. Pihak CETL mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbang bakti yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di CETL sejak 1 Januari 2021. Beliau kini berkhidmat di Fakulti Sains dan Teknologi bermula 1 Februari 2025 sebagai Penolong Pendaftar.