Pihak CETL telah menganjurkan sesi taklimat dan latihan pengisian templat MQF2.0 (2024) Siri 1/2025 pada 6 sehingga 7 Mei 2025 di Dewan Peperiksaan Aras 2 FPSK. Sesi yang melibatkan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Penyelaras Kualiti, Ketua-Ketua Program, dan Pegawai Akademik Fakulti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada wakil-wakil fakulti untuk mendapatkan maklumat tentang pelan penstrukturan program akademik selaras keperluan MQF2.0 (2024).