Bahagian Pembangunan Kurikulum & Pemantauan OBE (BPKP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Proses dan Pengesahan Soalan eNilai 2026 pada 20 Januari 2026 di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 11, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Objektif bengkel ini adalah untuk menyemak, membincangkan, dan mengesahkan soalan eNilai yang telah dibangunkan serta mengesahkan proses-proses berkaitan eNilai dan URS (user requirement specification) yang telah dibangunkan.