Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Micro-credential Bil.1/2025 pada 4 Disember 2025 di Bilik Seminar 1 dan 2, Aras 1 FPSK. Sesi yang melibatkan kesemua 10 kumpulan kursus yang telah didaftarkan untuk pembangunan MCr Fasa 3 ini dianjurkan dengan objektif untuk menerangkan tentang proses pembangunan MCr , melengkapkan dokumen awal pembangunan MCr, dan membincangkan strategi pemasaran bersasar kursus MCr yang dicadangkan.
