Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Status Pembangunan Micr0-credential Fasa 3, Bil.1/2026 pada 28 Januari 2026 di Bilik Seminar 1 dan 2, Aras 1, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk memastikan tapak kursus MCr telah tersedia, memurnikan storyboard, serta menyediakan draf multimedia yang diperlukan untuk melengkapkan kursus MCr.