Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah mengurussetiakan lawatan penanda aras (benchmarking) ke UNITEN Bangi, dan UiTM Shah Alam pada 22 Disember 2025. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah CETL, Prof. Madya ChM. Dr. Siti Salhah Othman ini turut dihadiri oleh sembilan (9) kakitangan lain terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah CETL, Kakitangan CETL, serta Pegawai Pusat Teknologi Maklumat (SDEC). Lawatan ini dianjurkan untuk melihat beberapa perkara serta amalan baik untuk tujuan rujukan pihak USIM, iaitu aspek sistem/kaedah penilaian dan pengukuran hasil pembelajaran kursus/program, pelaksanaan pembelajaran terbuka dan jarak jauh serta sistem pengurusan pembelajaran, serta pelaksanaan MQF2.0 (2024) di institusi-institusi berkenaan.
