Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah mengurussetiakan lawatan penanda aras (benchmarking) ke UMT, UNiSZA, dan UMPSA pada 29 dan 30 Jun 2025. Lawatan yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik),  Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa ini turut dihadiri Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Timbalan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), dan Pegawai Pusat Teknologi Maklumat (SDEC).