Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menjalani sesi Audit Kualiti Dalaman bagi skop ISO pada 18 September 2025 (Khamis) bertempat di Pejabat CETL, Aras 3, Bangunan FPSK USIM. Pelaksanaan audit ini adalah bagi menilai keberkesanan pelaksanaan prosedur, kaedah perekodan, serta keadaan fasiliti dan kemudahan CETL. Ketua Auditor adalah Prof. Madya Dr. Ernie Suzana Ali (FST).