Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menjalani sesi Audit Inspektorat Pengurusan Rekod dan Penggunaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) pada 15 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Pejabat CETL, Aras 3, Bangunan FPSK USIM. Pelaksanaan inspektorat ini bertujuan untuk memantau tahap pematuhan terhadap peraturan, dasar dan standard pengurusan rekod yang sedang berkuat kuasa serta menilai dan mengukur tahap pengurusan rekod di peringkat Pusat Tanggungjawab. Pelaksanaan Inspektorat ini dikendalikan oleh Bahagian Governan dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar USIM selaku urus setia DDMS 2.0 USIM. Pelaksanaan dijalankan secara berfasa melibatkan lapan (8) Pusat Tanggungjawab (PTj) terpilih bagi tahun 2025.