Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Hasil Penilaian Garis Panduan Open Educational Resources (OER) dan Inclusive OER (IOER) USIM pada 22 Januari 2026 di Bilik Mesyuarat CETL, Aras 3, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk membincangkan cadangan penambahbaikan, serta komen-komen lain yang akan dikemukakan oleh penilai yang telah dilantik. Dua (2) orang panel penilai dokumen yang dilantik adalah Dr. Rozhan Mohammed Idurs (mantan profesor bidang Open & Distance Learning (ODL), serta Dr. Haliza A. Shukor (pensyarah bidang undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM). Turut diundang ke sesi ini adalah wakil-wakil Jawatankuasa Sains Terbuka (Open Science) USIM, serta Ahli Jawatankuasa OER USIM.