Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli CETL dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah menganjurkan ExploreStream 4.0 USIM-PDB tahun 2025 pada 11 Jun 2025 di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM. Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan dan mengaitkan niche USIM (INAQ dan STREAM) dengan aktiviti seharian dalam kalangan komuniti serta murid sekolah yang menghadiri program; memberi kesedaran bahawa kepelbagaian penemuan ilmu tidak seharusnya bercanggah dengan dalil di dalam al-Quran dan hadis; meningkatkan pengetahuan dan memupuk minat murid sekolah terhadap STREAM (science, technology, religion, engineering, arts and mathematics); dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti dan murid sekolah mengenai kepentingan menghargai dan menjaga alam sekitar melalui tema sustainability.

Layari laman Facebook e-Gallery USIM untuk gambar program: https://www.facebook.com/share/19S1uNzVJ8/