Jawatankuasa & Strategik SULAM Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan & Pembentangan Buku Playbook SULAM 2.0 yang berlangsung dari 28 hingga 30 Mei 2025 bertempat di Dorsett Hotel, Putrajaya.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk membangunkan Playbook SULAM 2.0 sebagai salah satu output akhir kajian di bawah geran TRGS yang diketuai oleh Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan. Pembangunan buku ini memerlukan dapatan awal daripada analisa data instrumen soal selidik yang telah dilaksanakan, dan hasil daripada bengkel ini dijangka akan menjadi rujukan penting dalam pelaksanaan inisiatif SULAM di peringkat institusi pengajian tinggi.

Program ini turut memperlihatkan komitmen berterusan Jawatankuasa & Strategik SULAM KPT dalam memperkukuh dasar pendidikan berasaskan perkhidmatan kepada komuniti serta memperluaskan impak pembelajaran berasaskan pengalaman dalam landskap pendidikan tinggi negara.