Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Ramiaida Binti Darmi dan En. Muhammad Rahmat Bin Abdullah atas segala khidmat bakti, dedikasi, dan sumbangan sepanjang menjadi sebahagian daripada pasukan CETL. Kedua-dua kakitangan telah berkhidmat di CETL bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2024. Salam perpisahan dan ribuan penghargaan turut diucapkan kepada En Mu’azz bin Sahari atas segala khidmat bakti dan sumbangan kepada CETL selama ini. Beliau telah berkhidmat di CETL bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2025.

Semoga terus maju di jabatan baharu buat semua yang bertukar jabatan. 🫡