Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Sesi Fasilitasi Audit Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) dalam program-program Akademik Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) pada 5 November 2025 (Rabu). Sesi bersama pihak FPBU dianjurkan pada sebelah pagi di Bilik Mesyuarat Dekan FPBU, manakala sesi bersama pihak FEM dianjurkan pada sebelah petang di Bilik Mesyuarat Dekan FEM. Sesi fasilitasi ini bertujuan untuk menentukan peratus INAQ dalam program berkenaan. Hanya kursus yang diambil kira dalam pengiraan kredit bergraduat perlu dimasukkan dalam penentuan peratus tersebut. Sebagai langkah tambahan bagi memastikan pelaksanaan INAQ yang menyeluruh dan ketepatan peratus INAQ, pihak fakulti/pusat perlu memastikan bahawa kursus-kursus pilihan atau elektif yang termasuk dalam kumpulan kursus yang sama adalah setara dari segi pelaksanaan.
