Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB) dan Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (FST) serta ahli kumpulan telah menyertai Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) Tahun 2025 pada 5 November 2025 di Grand Mesmera Ballroom The Everly Putrajaya. Sesi yang berlangsung pada pukul 8:00 – 10:00 malam ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar yang menyertai kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya melalui projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori berkenaan.
Tahniah diucapkan! Semoga kejayaan ini menjadi teladan serta sumber inspirasi kepada para pensyarah lain untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
