Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (BDINDA) CETL telah menganjurkan Sesi Libat Urus dan Pembentangan Laporan Audit INAQ kepada Taskforce INAQ pada 7 April 2026 (Selasa) di Dewan Senat, Aras 3 Bangunan Canselori USIM. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk untuk menilai pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan INAQ mengikut kohort di fakulti disamping membincangkan inisiatif pemerkasaan INAQ seperti penambahbaikan garis panduan serta pewartaan logo sebagai identiti unik integrasi ilmu di USIM.