Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Status Pembangunan Micr0-credential Fasa 3, Bil.3/2026 pada 1 April 2026 di Bilik Seminar 3 Aras 2, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk memberikan penerangan dan membantu para pembangun menetapkan kadar yuran kursus Micro-Credential secara sistematik dan berstruktur, selain untuk membantu para pembangun melengkapkan borang permohonan geran Micro-Credential tahun 2026.