iOBE (Integrated Outcome Based Education) merupakan satu sistem inovasi yang dihasilkan untuk mengatasi masalah kelewatan penghasilan laporan pencapaian kursus dan program pengajian. iOBE berfungsi untuk mempercepatkan proses penyediaan laporan pencapaian kursus dan program pengajian supaya fakulti dapat melaksanakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) berdasarkan dapatan yang diperolehi. Laporan pencapaian kursus dan program dijana secara automatik sebaik sahaja markah peperiksaan sesuatu kursus dimasukkan. Pembangunan iOBE telah memberi impak yang besar kepada pengurusan dokumentasi secara efektif dan mengurangkan beban kakitangan akademik bagi urusan penyediaan laporan. Seterusnya fakulti boleh merancang tindakan intervensi berdasarkan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) untuk memastikan graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan program pengajian yang ditawarkan sentiasa relevan.

Muat Turun Manual Pengguna iOBE