Hasrat asal penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia adalah untuk memartabatkan pendidikan berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli (INAQ) dan membawanya ke dalam arus pendidikan di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah diberikan tanggungjawab untuk mengumpul amalan-amalan baik pelaksanaan INAQ dalam kurikulum.
Sehubungan dengan itu, YBhg Prof/Dato’/Dr/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dipelawa untuk menghantar abstrak yang menerangkan berkaitan pelaksanaan INAQ dalam kursus di USIM.
Abstrak yang dihantar mestilah tidak lebih daripada 200 patah perkataan dan merangkumi perkara-perkara berikut:
- Maklumat kursus dan penawaran kursus
- Reka bentuk kursus yang merangkumi kaedah penyampaian, aktiviti dan penilaian yang berkaitan dengan penerapan INAQ dalam kursus
- Impak pelaksanaan INAQ dalam kursus (Contoh: Terhadap pelajar/ komuniti/ Universiti)
- Pengiktirafan yang diterima daripada pihak luar dan/ atau cabaran dalam melaksanakan INAQ dalam kursus (jika ada)
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN ABSTRAK ADALAH SEBELUM ATAU PADA 16 OGOS 2024.
Semua abstrak yang diterima oleh CETL akan dinilai oleh panel penilai. Penulis akan dimaklumkan secara email pada 21 OGOS 2024 berkaitan penerimaan abstrak dan sekiranya berjaya akan dipelawa sebagai penulis bagi buku kompilasi pelaksanaan INAQ dalam kurikulum di USIM.
Justeru, pihak CETL amat berharap agar inisiatif ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pensyarah di USIM.
Sekian, terima kasih.
Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL)
Universiti Sains Islam Malaysia

