
Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI)
- Kurikulum Program Pengajian Inovatif
- Pengajaran Transformatif
- Pentaksiran Alternatif
- Pengalaman Pembelajaran Imersif
- Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
- Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
- Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka
TAHUN 2026
Ruj. Kami: USIM.500-5/3/39(78)
Tarikh: 19 Rabiulawal 1448H / 1 September 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN TARIKH PEMBUKAAN ANUGERAH KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI: REKABENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI) TAHUN 2026
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk, serta surat terdahulu bertarikh 13 April 2026 (rujukan: USIM.500-5/3/39(77)) adalah bersangkutan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) bagi tahun 2026 mulai 15 September 2026 hingga 15 Oktober 2026. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang rasmi https://jpt.mohe.gov.my/akri dan melalui pautan https://cetl.usim.edu.my/akri.
3. Sehubungan itu, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) selaku urusetia peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyediakan borang pendaftaran peserta USIM ke AKRI 2026. Butiran pendaftaran adalah seperti berikut:
Pautan : https://forms.cloud.microsoft/r/ZjHu7zaFDz
Buka : 02 September 2026 (Rabu) jam 9:00 pagi
Tutup : 18 September 2026 (Jumaat) jam 5:00 petang
4. Staf akademik, pensyarah yang berminat disarankan untuk mula menyediakan dokumen dan bahan berkaitan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) masing-masing, termasuk profil ahli kumpulan, maklumat lengkap inovasi, rasional inovasi, penglibatan pelajar atau pemegang taruh, pendekatan atau teori yang digunakan, impak dan bukti keberkesanan inovasi serta video rangkuman inovasi berdurasi maksimum tiga (3) minit, sebagaimana keperluan penyertaan.
5. Di samping itu, kerjasama dan perhatian YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghebahkan pelawaan ini serta menggalakkan penyertaan dalam kalangan pensyarah di Fakulti/Jabatan/Institusi masing-masing.
6. Maklumat lanjut berkaitan taklimat, sesi pemilihan dalaman, bengkel pemurnian portfolio dan pengisian maklumat melalui Sistem Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (SPAKA) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami melalui alamat e-mel ahmadfarid@usim.edu.my atau najwa@usim.edu.my.
Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, berhubung perkara ini, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Para sarjana Malaysia telah mengharumkan nama negara melalui pelbagai pencapaian yang cemerlang dalam penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi, penghasilan karya asli yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, pengkomersialan produk penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang. Justeru, mulai tahun 2006 Kementerian telah memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara (AAN) yang mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan para sarjana Malaysia.
AAN adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :
- Pengajaran
- Penemuan ilmu
- Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
- Pemindahan dan pengembangan ilmu
LAMAN WEB UTAMA: https://jpt.mohe.gov.my/akri
Syarat & Peraturan Umum: https://jpt.mohe.gov.my/akri/index.php/syarat-dan-peraturan/syarat-peraturan-umum
Contoh video AKRI: https://www.youtube.com/@jabatanpendidikantinggitv8411
Rujuk pegawai BIeP CETL di alamat e-mel ahmadfarid@usim.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut
| Tarikh | Tindakan |
|---|---|
| 02 September 2026 (Rabu) | Borang rekod pelawaan AKRI 2026 peringkat USIM mula dibuka |
| 11 September 2026 | Taklimat AKRI peringkat KPT |
| 15 September 2026 (Selasa) | Sistem permohonan AKRI KPT (SPAKA) mula dibuka |
| 18 September 2026 (Jumaat) | Tarikh tutup borang rekod pelawaan AKRI 2026 peringkat USIM (@5:00 ptg) |
| 21 September 2026 (Isnin) | Lanjutan tarikh tutup borang rekod pelawaan AKRI 2026 peringkat USIM (@5:00 ptg) |
| 24 September 2026 (Khamis) | Sesi pitching calon AKRI 2026 USIM |
| 2 Oktober 2026 (Jumaat) | Pemakluman senarai akhir calon AKRI 2026 USIM |
| 5 Oktober 2026 (Isnin) | Bengkel Pembangunan Portfolio Calon AKRI 2026 USIM (Bil.1/2026) |
| 8 Oktober 2026 (Khamis) | Bengkel Pembangunan Portfolio Calon AKRI 2026 USIM (Bil.2/2026) |
| 5 Oktober 2026 (Isnin) | Pengesahan calon oleh Naib Canselor USIM |
| 15 Oktober 2026 (Khamis) | Tarikh tutup sistem permohonan AKRI KPT |
Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Pautan: Google Meet (bit.ly/TAKLIMATAKRI)
Rakaman Taklimat (Facebook) : akan dinyatakan
Penyertaan dan kehadiran semua ke sesi ini adalah amat dialu-alukan.

| Tekan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi AKRI tahun 2026 dari laman rasmi KPT |
|---|
| Umum |
| Kurikulum Program Pengajian Inovatif |
| Pengajaran Transformatif |
| Pentaksiran Alternatif |
| Pengalaman Pembelajaran Imersif |
Klik untuk muat turun
TAHUN 2025
Tahniah diucapkan kepada Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB) yang telah memenangi tempat ke-3 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya melalui projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina

Tonton Video Podcast Pemenang tempat ke-3 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya:
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah terpilih mewakili USIM sebagai finalis di Sesi Pitching AKRI tahun 2025 seperti senarai di bawah:


- Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya telah membentangkan projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina
- Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka membentangkan projek bertajuk Libat dan Pimpin: Kerangka Pendekatan Pembelajaran Khidmat Masyarakat melalui AI-Cyber Hasanat.
Senarai ahli kumpulan untuk kedua-dua pasukan adalah seperti berikut:
KANTAKOMPOS:
Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (K)
Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip
Prof. Madya Ar. IDr. Dr. Elina Mohd Husini
Lar. Dr. Noor Hayati Ismail
Dr. Nor Syahila Ab Rashid
LIBAT DAN PIMPIN:
Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (K)
Prof. Madya Dr. Farida Hazwani binti Mohd Ridzuan
Prof. Madya Dr. Azni Haslizan binti Ab Halim
Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah terpilih mewakili USIM bagi tahun 2025 seperti senarai di bawah:






BAHAN RUJUKAN
TEMPLATE e-BOOK USIM (AKRI 2024): Template e-book AKRI USIM 2024.pptx
| Kategori | Portfolio |
|---|---|
| Kurikulum Program Pengajian Inovatif | Portfolio_Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)_FST |
| Pengajaran Transformatif | Portfolio_v-MX_FPSK |
| Pentaksiran Alternatif | Portfolio_FEM |
| Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya) | Portfolio_Paediatric_FPSK |
| Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) | Portfolio_FPBU |
| Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) | Portfolio_AzieLab_FST |
Strategi E-Dakwah : Memperkasa Generasi Digital Dengan Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli from USIM e-Learning on Vimeo.
Pentaksian Alternatif : Simulasi Pelaburan Saham from USIM e-Learning on Vimeo.
Community Health Engagement And Epidemiological Research (CHEER) from USIM e-Learning on Vimeo.
Penulisan Memoir – Jurnal Refleksi Sebagai Pentaksiran Alternatif Yang Inklusif from USIM e-Learning on Vimeo.
