
Kajian semula Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) ini bertujuan untuk memastikan MQF terus dapat menyokong Falsafah Pendidikan Negara (Mukadimah Akta Pendidikan 1996), serta pelbagai matlamat dasar yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi).
Secara khususnya, matlamat dokumen MQF ini adalah untuk membangunkan sistem pemantauan dan pelaporan pencapaian hasil pembelajaran.
Kajian semula ini juga berhasrat untuk memenuhi direktif Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk Laluan Pembelajaran Fleksibel (FLP) dan tenaga kerja TVET berkualiti yang lebih kukuh dengan kelayakan untuk dipacu oleh keperluan industri.